KUALA LUMPUR: Penelitian rakaman kamera litar tertutup (CCTV) berkaitan kes penemuan bahan letupan yang diletakkan pada tayar belakang kereta milik aktivis, Siti Zabedah Kasim atau dikenali Siti Kasim, 21 Julai lalu tidak menunjukkan ada suspek boleh disyaki setakat ini.
Bekas Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata, tiada sebarang petunjuk baharu yang ditemukan setakat ini berkaitan kes tersebut.
"Semakan CCTV setakat ini tidak menunjukkan kenderaan milik Siti Kasim telah didekati mana-mana individu yang boleh disyaki.
"Selain itu, tiada sebarang cap jari mana-mana individu disyaki ditemui pada kenderaan tersebut," katanya.
Beliau berkata demikian selepas Majlis Pemakaian Pangkat dan Serah Terima Tugas Jawatan Ketua Polis Kuala Lumpur serta Pengerusi Perkep Kontinjen Kuala Lumpur di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur di sini pada Isnin.
Mohd Shuhaily berkata, siasatan lanjut berkaitan kes tersebut masih dijalankan dengan teliti.
"Siasatan masih diteruskan dan kes ini sama sekali tidak pernah ditutup, cumanya kita belum temui sebarang petunjuk baharu.
"Mana-mana individu yang mempunyai maklumat, sila tampil dan salurkan kepada polis," katanya.
Sebelum ini, polis memaklumkan beberapa individu termasuk saksi di sekitar lokasi kejadian penemuan bom itu telah dirakam keterangan.
Pada 21 Julai lalu, polis mengesahkan objek yang diletakkan pada tayar belakang kereta milik aktivis, Siti Kasim dipercayai bom jenis Improvised Explosive Device (IED).
Sebelum itu, Siti Kasim memuat naik secara langsung di Facebook peribadinya mendakwa terdapat objek menyerupai bom diletakkan pada keretanya.
Siti Kasim berkata, dia menyedari objek yang diletakkan di bahagian tayar itu ketika menghantar kenderaannya ke pusat servis kereta, di Jalan Maarof, kira-kira jam 12 tengah hari.
*Artikel disiarkan di Sinar Harian
Sinar Harian
Mon Aug 14 2023
olis mengesahkan objek yang diletakkan pada tayar belakang kereta milik Siti Kasim dipercayai bom jenis Improvised Explosive Device (IED). Gambar kecil: Mohd Shuhaily
Semakan lengkap industri pertengahan kewangan sedang dijalankan - BNM
Kajian semula yang lebih menyeluruh terhadap industri pengantara kewangan sedang dijalankan, kata Penolong Gabenor Bank Negara Malaysia.
Piala FA 2024: Laluan mudah buat juara bertahan JDT
Melalui undian, JDT dilihat meraih lawan mudah dengan mengetuai 12 lagi pasukan Liga Super serta tiga pasukan daripada Liga A1 Semi Pro.
Dua wanita cedera, kereta terbalik dalam longkang di Lebuhraya WCE
Empat mangsa dalam kereta itu merupakan dua wanita dewasa, seorang lelaki dewasa dan seorang kanak-kanak perempuan.
Menteri China, Liu Jianchao bertemu pegawai kanan PKR diketuai Nurul Izzah
Malaysia sangat mementingkan hubungan dengan China dan pencapaian luar biasa China dalam pembangunan ekonomi dan sosial amat mengagumkan.
Polis minta bantuan kesan Safiea Dania, hilang lepas naik e-hailing
Kali terakhir ditemui adalah pada 24 April jam 6.35 petang, ketika dia menggunakan perkhidmatan e-hailing untuk ke tempat kerja.
AirAsia dipilih rakan penerbangan rasmi Sidang Kemuncak Malaysia-China 2024
Sidang kemuncak itu adalah peluang strategik untuk meningkatkan hubungan perdagangan, pelaburan dan kebudayaan Malaysia.
SC pelawa permohonan untuk Program Kepimpinan investED 2024
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia mempelawa permohonan untuk kohort kedua Program Kepimpinan investED, sebuah program siswazah pasaran modal.
Pusat Latihan TFC dipasang CCTV
Hishamuddin berkata langkah itu diambil selepas perbincangan lanjut dengan pihak polis yang masih giat memburu suspek samun berkenaan.
Bonus 8 bulan bakal diterima kakitangan Singapore Airlines
Para pekerja Singapora Airlines akan mendapat bonus 32 minggu atau bersamaan sekitar 7.94 bulan gaji pokok.
Kes jenayah komersial di Pahang menurun dalam tempoh Januari-April tahun ini
Yahaya berkata dalam tempoh sama tahun lepas, sebanyak 743 kertas siasatan dibuka iaitu penurunan sebanyak 113 kes.
Bom di kereta Siti Kasim: Rakaman CCTV belum temukan petunjuk baharu
Semakan CCTV setakat ini tidak menunjukkan kenderaan milik Siti Kasim telah didekati mana-mana individu yang boleh disyaki.
Suspek kes bom pada kereta Siti Kasim ada kepakaran bahan letupan - Polis
Bahan letupan termampat (IED) yang ditemui di bawah kereta peguam dan aktivis sosial Siti Kasim adalah bom yang suisnya ditutup, kata Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Mohd Shuhaily Mohd Zain.
Serangan bom kereta di Syria, 6 disahkan maut
Letupan yang berlaku di sebuah pasar di bandar Afrin di wilayah Aleppo itu didakwa didalangi kumpulan pemberontak.
Konflik Syria: 12 terbunuh bom kereta meletup
Dua bom itu meletup selang dua jam di bandar Azaz dan di sebuah kampung kira-kira 50 kilometer dari bandar itu.
Tiga terbunuh, 14 lagi cedera akibat serangan bom di Kabul
Menurut laporan polis tempatan, letupan berkenaan berlaku di daerah polis kesepuluh di Kabul selepas penyerang meletupkan bom yang dipasang pada sebuah kereta di tepi jalan.
10 maut, 15 cedera letupan di utara Syria
Bandar Rai, yang terletak berdekatan sempadan Turki itu, dikuasai pembangkang yang disokong Turki.
Trump batal pertemuan rahsia bersama Taliban
Preiden Donald Trump umum telah membatalkan satu pertemuan rahsia bersama kumpulan militan, Taliban ketika dalam proses merundingkan perjanjian damai.
Lima terbunuh letupan bom kereta di Somalia
Polis Somalia berkata, bom berkenaan meletup di tempat letak kereta di luar sebuah restoran berhampiran pos pemeriksaan pengawal presiden.
15 maut serangan keganasan di Jabatan Kewangan Negeri
Sebutir bom kereta diletupkan di pintu masuk Jabatan Kewangan Negeri sebelum enam penyerang memasuki bangunan tersebut.
4 terbunuh dalam letupan bom kereta berhampiran parlimen Somalia
Sebuah bom kereta meletup dekat ibu pejabat parlimen Somali di Mogadishu membunuh sekurang-kurangnya empat orang termasuk pemandu.